PETALING JAYA – Orang ramai mengecam tindakan seorang pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya ketika cuba memotong sebuah treler di laluan berselekoh serta bergarisan putih berkembar.
Menerusi satu video berdurasi 40 saat yang tular di media sosial menunjukkan bas berkenaan nyaris dengan sebuah kenderaan dari arah depan.
Meninjau ke ruangan komen, penularan video tersebut mengundang reaksi kurang senang pengguna X dengan cara pemanduan itu yang dianggap boleh membunuh penumpang bas serta pengguna jalan raya yang lain.
“Bas ekspres kebanyakan tiada had maksimum kelajuan. Atas lebuh raya kalau waktu malam berdesup pergi,” komen @SiputSedutWc.
“Menyusahkan orang lepas itu salahkan geng lori. B**** betul perangai sudahlah bawa banyak nyawa,” komen @nxrhisyxm_.
“Dekat selekoh, ‘double line’ lagi. Betul-betul nak bunuh penumpang pemandu bas ini,” komen @alipgary7.
Malah ada antara warga X yang meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas kepada pemandu tersebut kerana melanggar undang-undang lalu lintas.
“JPJ dan PDRM patut ambil tindakan kes ini. Mereka dah melanggar undang-undang lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” komen @BilliBear3.
“Bawa penumpang tapi perangai macam syaitan @PDRMsia kasi denda dan gantung lesen,” komen @bentirun. – KOSMO! ONLINE