fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di hampir seluruh negara sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu berlaku di Pantai Barat, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.

“Beberapa tempat di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Cuaca buruk itu turut berlaku di kebanyakan kawasan di Pantai Timur melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Turut terkesan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan) dan Hulu Terengganu di Terengganu.

“Di kedah, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu diramalkan mengalami cuaca yang sama, begitu juga dengan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan,” ujarnya.

Selain itu, di Malaysia Timur pula, hujan lebat beserta ribut petir dilaporkan berlaku di kebanyakan kawasan melibatkan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Sementara itu, beberapa tempat di Sabah turut mengalami cuaca buruk yang sama berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan).

“Kawasan di Sabah turut dijangka berlaku di Pantai Barat Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI