PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kulim, Kedah; Mukim Changkat Jong, Perak; Mukim (Daerah Penggawa) Kubang Kerian dan Mukim (Daerah Penggawa) Kusai pada 20 Disember ini seperti yang dijadualkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPB di semua daerah terbabit.
“Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan di taman-taman perumahan dalam Mukim Sungai Seluang, Kedah; Asrama Kilang Yamaha, Perak kedua-keduanya akan ditamatkan pada 20 Disember depan, lebih awal daripada dijadualkan
“Selain itu, Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut ditamatkan PKPD seperti yang dijadualkan pada 20 Disember ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini. – K! ONLINE