fbpx

Tergamak buang kucing hidup-hidup dalam guni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai kucing yang ditemui dalam parit di Kota Giam, Jelutong, semalam.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang individu yang disyaki melakukan perbuatan kejam melemparkan guni berisi seekor kucing ke dalam parit di Kota Giam, Jelutong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada pukul 11.58 pagi.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima, pengadu ternampak seorang lelaki dari Kota Giam telah membuang satu guni ke dalam parit terbabit kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Pengadu yang bekerja sebagai penghantar makanan mendapati guni itu bergerak-gerak dan mengambilnya untuk melakukan pemeriksaan.

“Didapati terdapat seekor kucing di dalamnya dan pengadu cuba menyelamatkan kucing berkenaan, namun gagal. Pengadu kemudiannya menanam bangkai kucing tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI