fbpx

Buaya dan monyet bebas dijual di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORAN terkini mendakwa bahawa kedai haiwan peliharaan di Britain galak menjual haiwan eksotik seperti buaya, monyet dan Gila Monsters. - AGENSI

LONDON – Lebih daripada 100,000 haiwan liar seperti buaya dan monyet dijual secara  bebas di kedai-kedai haiwan peliharaan di Britain.

Laporan terbaharu oleh  badan kebajikan haiwan antarabangsa, World Animal Protection (WAP), mendapati banyak spesies haiwan tidak dijinakkan dijual bebas di Britain untuk dijadikan  binatang peliharaan eksotik.

Haiwan liar yang dijual di kedai haiwan peliharaan itu termasuk buaya, monyet, sugar glider dan gila monster iaitu sejenis cicak berbisa. 

Berdasarkan permohonan di bawah akta Kebebasan Maklumat yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan, WAP mendapati  hampir 2,000 peniaga haiwan peliharaan diberi lesen oleh 283 majlis perbandaran berbeza untuk menjual haiwan liar.

Pengurus kempen WAP, Peter Kemple Hardy memberitahu,  skala penjualan hidupan liar dalam kalangan masyarakat Britain  sangat mengejutkannya.

“Haiwan liar mempunyai keperluan persekitaran, sosial dan tingkah laku kompleks yang tidak dapat dipenuhi dengan mudah oleh pemilik haiwan peliharaan.

“Haiwan seperti itu tidak patut berada di dalam rumah kita. Kami tahu bahawa pemilik haiwan peliharaan eksotik sering didorong oleh rasa cinta kepada  haiwan tetapi kenyataannya adalah untuk binatang liar, walaupun dengan niat terbaik, hidup dalam kurungan ibarat hukuman penjara seumur hidup buat hidupan liar,” katanya.

Lesen jualan sedia ada mencadangkan jumlah maksimum haiwan peliharaan eksotik yang dibenarkan dijual di Britain pada satu-satu masa adalah 64,810 reptilia, 54,634 amfibia, 23,507 burung dan 6,479 mamalia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI