PETALING JAYA – Nestle mengumumkan senarai pertama pemenang mingguan Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup yang telah berlangsung sehingga 30 Jun ini.
Pemenang mingguan ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,500.
Menurut kenyataan, daripada senarai kumpulan pemenang tersebut, mereka akan berpeluang menjadi salah seorang daripada finalis yang akan mara ke pusingan akhir.
Kemudian dua daripada mereka akan memperoleh gaji gaji bulanan RM3,500 untuk seumur hidup, dan sembilan lagi finalis akan mendapat gaji RM3,500 sebulan selama setahun.
Bagi menyertai kempen tersebut, orang ramai hanya perlu menghantar bukti pembelian produk Nestlé dengan jumlah minimum RM20.
“Mereka berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah harian dan mingguan, serta kemungkinan untuk menyertai acara pusingan akhir, akan menjadi lebih tinggi dengan lebih banyak penyertaan.
Antara pemenang bagi kumpulan awal ini adalah suri rumah berusia 55 tahun, Etty Wachjuningsih dari Sandakan, Sabah, seorang pemilik perniagaan kecil dari Terengganu berusia 32 tahun,Siti Nurul Aida Mohd Sapawi dan pekerja pejabat berusia 29 tahun, Cheok Shu En dari Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE