fbpx

Warga emas hilang RM107,000 ditipu ‘Tentera Laut Amerika’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Salleh

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan warga emas kerugian kira-kira RM107,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan Parcel Scam dalam satu kejadian di Kluang dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, mangsa berusia 61 tahun dipercayai berkenalan dengan seorang wanita Amerika dikenali sebagai ‘Laura Andreson’ di Facebook awal November lalu.

Menurutnya, wanita itu menyamar sebagai Kapten Tentera Laut Amerika yang bertugas sebagai jururawat di Iraq dibawah Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB).

“Suspek memperdayakan mangsa kononnya telah mendapat hasil rampasan pemberontak seperti wang, emas, berlian dan berjanji untuk menghantar semua hasil rampasan itu kepada mangsa.

“Mangsa kemudian dihubungi seorang wanita Melayu yang kononnya sebagai ejen penghantaran barang dan mendakwa mangsa perlu membuat pembayaran bagi tujuan perkhidmatan penghantaran wang, sijil penggubahan wang haram dan cukai emas serta berlian,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Salleh berkata, tanpa berfikir panjang mangsa membuat sembilan transaksi pembayaran sebanyak RM107,000.

Katanya, mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal menghubungi suspek dan akaun Facebooknya juga disekat wanita berkenaan.

Ujar beliau, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kluang dekat sini semalam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI