fbpx

Keluarga sepakat buat badal haji untuk Muhamad Syafiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said (dua dari kiri) dan Aini Mohd Sharif (kiri) dikunjungi Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman (tiga dari kiri) di Kuantan hari ini

KUANTAN – Ahli keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq yang meninggal dunia dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pad 17 Mei lalu, sepakat menggunakan wang sumbangan diterima untuk melaksanakan badal haji buatnya.

Bapanya, Ahmad Said Md Piah, 65, berkata, keputusan itu dibuat kerana anaknya telah menyimpan hasrat untuk menunaikan haji.

“Alhamdulillah, saya dan isteri, Aini Mohd Sharif, 57, bersama ahli keluarga yang lain telah bersepakat dengan keputusan tersebut.

“Kami akan menggunakan semua wang sumbangan yang diperoleh untuk meneruskan hasrat Allahyarham Muhamad Syafiq dengan membuat upah haji.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman di kediamannya di Taman Seri Mahkota Jaya, Jalan Gambang, di sini; hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI