fbpx

Siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis wanita bergaduh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis wanita disyaki bergaduh akan menghadapi siasatan dari sudut tatatertib dalam kejadian di Balai Polis Brickfields, di sini, 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kes itu bersifat peribadi antara dua anggota polis wanita berkenaan.

“Kejadian itu tidak membabitkan orang awam serta tiada penggunaan apa-apa bentuk senjata berbahaya.

“Siasatan akan dijalankan dari sudut tatatertib (dalam kes berkenaan),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, laporan polis berhubung kejadian itu tular di media sosial dengan seorang wanita berpangkat Lans Koperal dikatakan cedera di kepala.

Menurut laporan polis yang tular berkenaan, seorang anggota polis wanita berpangkat Koperal yang terbabit dalam kejadian itu sudah diambil keterangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI