fbpx

Baucar buku RM100 diagih secara berfasa, tumpuan awal untuk PBAKL 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Agihan baucar buku RM100 akan dibuat secara berperingkat, namun buat masa ini tumpuan khusus bagi agihan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 terlebih dahulu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kaedah pelaksanaan agihan baucar itu akan diumumkan dalam masa terdekat sebelum boleh digunakan mulai petang ini.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang telah mengadakan mesyuarat di peringkat tertinggi KPT bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan agihan baucar buku itu.

“Beliau (Zaini) akan umumkan pendekatan dan langkah supaya pelaksanaan itu dapat disegerakan.

“Barangkali juga ia (agihan baucar) akan dibuat secara berperingkat, tapi buat masa ini khusus sempena PBAKL 2024,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan KPT di sini, hari ini.

Ditanya apa langkah-langkah KPT supaya baucar itu tidak disalah guna, Zambry berkata, pihaknya berharap isu berkenaan tidak lagi berlaku.

“Kita mengharapkan kisah-kisah lama tidak berulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI