fbpx

Tiada lagi miskin tegar di Sabah Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Penampang, hari ini.

PENAMPANG – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan masalah kemiskinan tegar di Sabah bakal diselesaikan sebelum akhir Julai depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemiskinan tegar di Sabah ketika ini dianggarkan hanya tinggal kira-kira 9,000 keluarga.

Beliau menyatakan penurunan kadar kemiskinan tegar Sabah ketika ini adalah hasil usaha berterusan agensi Persekutuan serta kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu terbabit.

“Perkara ini menjadi keutamaan kerajaan kerana kita tidak mahu ada rakyat di negeri ini terus hidup dalam kemiskinan.

“Sekarang hanya tinggal 9,000 miskin tegar. Oleh itu, kita hendak menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai 2024. Ini keutamaan kita.

“Kita boleh berbincang pelbagai hal namun anak-anak kita tak cukup makan. Ini tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik yang masih membelenggu rakyat negeri ini.

Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan hari ini.

Anwar yang tiba di Kota Kinabalu lewat malam tadi untuk memulakan lawatannya dengan menghadiri Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI