fbpx

Wanita pertama diberi jawatan Laksamana Pertama TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Reza (kiri) bersama timbalannya, Abdul Rahman (kanan) memakaikan pangkat kepada Rohana Jupri dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Serah Tugas Asisten Ketua Staf Materiel di KD Sri Gombak di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencipta sejarah apabila seorang pegawai kanan menjadi wanita pertama yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama hari ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, pemakaian pangkat Laksamana Pertama kepada Rohana Jupri telah meletakkan beliau berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi TLDM dalam kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori golongan lelaki.

“JLAKS memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju TLDM dan kehadiran beliau sebagai ahli JLAKS pastinya mewakili golongan wanita TLDM dalam membuat keputusan.

“Kenaikan pangkat ini membuktikan kemampuan dan kredibiliti wanita TLDM diiktiraf oleh pengurusan tertinggi dan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuan yang ditunjukkan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM di KD Sri Gombak di sini hari ini.

Tambahnya, kenaikan pangkat itu juga sekaligus memberi tanggungjawab kepada Rohana untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

“Saya yakin kenaikan pangkat ini akan menjadi sumber inspirasi dan pembuka jalan kepada golongan wanita TLDM untuk terus cemerlang demi perkhidmatan TLDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya. Saya percaya ada ramai lagi golongan wanita yang akan mengikut jejak langkah beliau,” jelasnya.

Terdahulu pada majlis sama, turut menyaksikan beberapa pegawai kanan TLDM yang lain telah dinaikkan pangkat iaitu Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Affendy Suhaimi, yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Muda dan sekaligus memegang jawatan Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel.

Manakala dua pegawai iaitu Komander Mohamad Zulkefli Mohamood dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM, kini memegang jawatan sebagai Pegawai Staf Pengangkutan, Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Leftenan Komander Mohd. Syahrum Kamarludin dinaikkan ke pangkat Komander TLDM.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI