fbpx

Thanuja sukar bercinta dengan lelaki Malaysia sebab ketinggian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thanuja Ananthan mengaku sukar untuk bercinta dengan lelaki Malaysia kerana faktor ketinggiannya.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model Thanuja Ananthan mengaku sukar untuk bercinta dengan lelaki Malaysia kerana faktor ketinggiannya.

Menurut bekas Miss World Malaysia 2009 yang berketinggian 183 sentimeter (sm) itu, dia bukanlah wanita yang terlalu memilih, sebaliknya lebih menitikberatkan soal keserasian.

“Saya sukar untuk dating (bercinta) dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tidak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tidak memilih, saya okey sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” jelas Thanuja.

Oleh itu, Thanuja, 39, memilih untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki berasal dari London, England.

Tambah Thanuja, dia dan kekasihnya diperkenalkan melalui kenalan dan kini hubungan mereka semakin serius.

“Ya, saya ada seorang yang istimewa dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti bagaimana perjalanan hubungan  dalam tempoh setahun dua ini.

“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal daripada London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan (berkahwin),” tuturnya.

Disoal mengenai tarikan kekasih, Thanuja secara ringkas menjawab, dia suka lelaki yang boleh memahami dan menerima dirinya.

“Saya suka dia sebab dia faham kerja dan diri saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan seorang pencinta haiwan seperti saya. 

“Saya seorang yang berfikiran terbuka dan  lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti saya,” kata Thanuja lagi.

Berbicara lebih lanjut, Thanuja memberitahu lelaki tersebut lapan tahun lebih tua daripadanya.

“Sebenarnya dia sudah pencen dan menetap di Malaysia. Kami rajin melancong bersama-sama seandainya jadual saya tidak sibuk,” ujar Thanuja.

Dalam perkembangan lain, Thanuja bakal muncul dengan filem Padu yang akan menemui penonton di pawagam pada 6 Jun ini.

Menerusi filem yang diangkat dari kisah besar pasukan bola keranjang wanita Malaysia itu, Thanuja memegang watak sebagai Kalai seorang atlet kebangsaan.

“Kami berlatih selama tiga bulan bersama pemain kebangsaan. Sukar tetapi satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya.

“Filem ini memerlukan barisan pelakon memiliki stamina dan skil mirip atlet sebenar. Saya berharap penonton akan beri sokongan kerana filem ini adalah kisah benar tentang kejayaan pasukan Malaysia,” tutur Thanuja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI