fbpx

FedEx cadang kembangkan perniagaan sedia ada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Richard Smith dan rombongan FedEx

PETALING JAYA – Syarikat multinasional, FedEx memaklumkan cadangan pengembangan perniagaan terutamanya yang melibatkan kemudahan sedia ada di beberapa lapangan terbang di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau turut mendapat maklum balas positif terkait dengan pendekatan kerajaan dalam menterjemah agenda Ekonomi MADANI yang digagaskan.

“Hari ini saya telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dan Antarabangsa, FedEx Corporation (FedEx) Richard Smith dan rombongan.

“FedEx adalah syarikat multinasional dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1993,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu katanya, antara lain, FedEx melihat cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu lonjakan kerjasama pertumbuhan ekonomi masa hadapan yang perlu dimanfaatkan.

“Kemudahan yang dimiliki FedEx di Malaysia kini melaksanakan lebih 30 penerbangan dalam seminggu dengan menghubungkan industri tempatan kepada rangkaian global mereka di 220 buah negara dan wilayah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI