fbpx

Mick hilang separuh tempurung kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempurung kepala Mick Amir Hamzah rosak dan perlu dibuang bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

LIPIS – Seorang pemandu lori tidak menyangka sawan yang menyerangnya secara tiba-tiba pada Ogos tahun lalu menyebabkan dia kehilangan sebahagian tempurung kepalanya.

Mick Amir Hamzah Abdul Malek, 48, berkata, kejadian itu menyebabkan tempurung kepala bahagian kiri rosak dan perlu dibuang bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

“Selepas diserang sawan, saya dikejarkan ke Hospital Lipis dan keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) menunjukkan kepala saya dijangkiti kuman dan bernanah.

“Saya kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, (HTAA) Kuantan untuk menjalani pembedahan. Doktor mengesahkan tempurung kepala saya rosak dan tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Mick Amir Hamzah membe­ritahu, disebabkan kejadian itu juga tangan kanannya lumpuh sekali gus membataskan pergerakan hariannya.

Bapa kepada empat anak itu memaklumkan, dia akan menjalani satu lagi pembedahan besar di HTAA pada Oktober ini untuk memasukkan tempurung kepala plastik bagi menggantikan tempurung yang rosak yang menelan kos sebanyak RM7,000.

Sejak ditimpa musibah tersebut, Mick Amir Hamzah berkata, dia perlu berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi rawatan susulan. Isterinya pula merupakan suri rumah.

“Mujur majikan saya ada belas ihsan kerana masih membayar gaji, namun jika projek jalan siap tidak lama lagi saya mungkin akan kehilangan punca pendapatan,” katanya.

Mick Amir juga bergantung dengan beberapa jenis ubat-ubatan termasuk ubat tidur, sawan, darah tinggi dan gastrik selain tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 017-9188003 atau me­nyumbang ke akaun Maybank bernombor 156114291614.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI