fbpx

Agong adakan lawatan khas ke UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong membaca doa sebelum berlepas ke UAE.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengadakan lawatan khas ke Abu Dhabi, Emirah Arab Bersatu (UAE) selama lima hari bermula hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, lawatan khas tersebut adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed AL Nahyan.

Katanya, agenda utama lawatan ini melibatkan perbincangan antara Baginda bersama Putera Mahkota dan kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE berkenaan hasrat Kerajaan UAE untuk menyumbang sebanyak 500,000 dos vaksin Covid-19 kepada Malaysia bagi tujuan ujian klinikal fasa ketiga di negara ini.

“Ini menunjukkan hubungan dua hala yang kukuh dan erat terjalin antara kedua-dua negara. Ianya juga menunjukkan Malaysia dan UAE bersama berganding bahu memerangi wabak Covid-19 serta kerjasama pemulihan pasca Covid-19.

“Al-Sultan Abdullah turut akan berbincang mengenai usaha-usaha memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama hubungan dua hala Malaysia-UAE di dalam pelbagai sektor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, ianya merupakan lawatan ketiga Al-Sultan Abdullah ke UAE semenjak Seri Paduka Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari tahun lepas.

Tambahnya, pada tahun 2019, UAE merupakan rakan dagang dan sumber eksport serta import terbesar di Malaysia di rantau Asia Barat dengan nilai dagangan dua hala berjumlah USD6.42 bilion (RM25.93 bilion) – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI