fbpx

Beruang masuk rumah curi Oreo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar beruang yang memecah masuk sebuah rumah dan mencuri sebungkus biskut Oreo. - NBC

MONROVIA, CALIFORNIA – Seekor beruang dirakam memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan mencuri sebungkus biskut jenama Oreo, lapor agensi United Press International semalam. 

Kejadian berlaku di kawasan Canyon Crest Drive di Monrovia, California. 

Rakaman memaparkan aksi beruang tersebut yang memasuki rumah berkenaan melalui tingkap. 

Tidak lama kemudian, ia keluar dengan satu bungkusan biskut Oreo yang digonggong di mulutnya. 

Jiran pemilik rumah itu, Vina Khoury berkata, beruang yang dinamakan Oreo oleh penduduk setempat itu juga pernah memasuki garajnya. 

Lebih mengejutkan apabila Oreo hanya mencuri kek coklat daripada peti sejuk. 

“Saya rasa kami  tidak boleh membiarkan tingkap terbuka kerana beruang ini akan masuk. Hal ini sedikit membimbangkan saya,” kata Khoury kepada stesen penyiaran KABC-TV. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI