fbpx

‘Ini ujian besar buat keluarga kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli keluarga Muhammad Faiz Rizki menunggu proses bedah siasat jenazah bayi itu di pekarangan Unit Forensik Hospital Besut semalam.

BESUT – Kanak-kanak lelaki yang maut dilanggar trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu bapanya semalam berubah menjadi sangat manja selain tidak mahu berenggang dengan kedua-dua orang tuanya.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Faiz Rizki berusia 20 bulan dilanggar bapanya yang tidak sedar kehadiran kanak-kanak itu ketika me­ngalihkan kenderaan tersebut di halaman rumah di Kampung Wakaf Kubor, Kampung Raja di sini.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Adwiah, 27, berkata, sebelum kejadian, suaminya sedang mencuci kenderaan, manakala Muhammad Faiz Rizki pula bermain telefon di atas tangga rumah.

Menurutnya, kejadian berlaku dengan pantas dan suaminya tidak menyedari anak bongsu mereka meluru ke arah kenderaan yang sedang dialihkan itu.

“Suami saya segera membawa anak kami ke Klinik Kesihatan Sri Medang, namun dia disahkan mening­gal dunia pada pukul 10.30 pagi (semalam).

“Memang luluh dan kesal (kehilangan anak), tetapi suami saya tidak sengaja. Ini ujian besar buat keluarga kami,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Bercerita mengenai mangsa, Adwiah berkata, Muhammad Faiz Rizki menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi sangat manja sehingga tidak mahu berenggang dengan dia dan suami sejak beberapa hari lalu.

Katanya, Allahyarham juga sempat meminta untuk memakai minyak wangi ibunya sebelum tragedi yang meragut nyawanya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI