fbpx

Bekas pekerja Siti Nurhaliza sakit kronik terima Pencen Ilat Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Asri (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan faedah pencen ilat kepada Khairul Azmi (duduk) disaksikan Siti Nurhaliza (tengah) di ibu negara, hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan sumbangan faedah pencen ilat kepada Khairul Azmir Abdul Hamid, 58, yang mengalami strok akibat penyakit buah pinggang kronik yang dihadapinya sejak Februari lalu.

Pengarah Perkeso Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Asri Ngosman berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, bekas Pengurus Besar SN Legacy Sdn. Bhd.milik Datuk Seri Siti Nurhaliza itu merupakan seorang pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 (Akta 4) dengan rekod caruman sebanyak 272 bulan.

“Beliau layak mendapat faedah pencen ilat berjumlah RM3027.92 bersamaan RM100.93 sehari sejak 8 April.

“Selain itu, beliau juga menerima bantuan dialisis bernilai RM150 untuk setiap sesi rawatan menerusi Skim Keilatan bawah Akta 4,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan faedah di sini, hari ini.

Sementara itu, Khairul Azmir berkata, dia tidak berupaya untuk terus bekerja berikutan masalah kesihatan yang semakin merosot disamping faktor usia menghampiri 60 tahun.

Bapa kepada 5 orang anak itu berkata, faedah yang diterima daripada pihak Perkeso umpama rahmat ke atas beliau dalam meringankan beban untuk menampung kos rawatan termasuk urusan dialisis.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan faedah yang diterima. Saya tidak menjangka akan mendapat manfaat sebanyak ini dari Perkeso.

“Saya menyeru untuk mereka yang belum mencarum agar berbuat demikian sebagai perlindungan dalam bentuk sokongan kewangan sekiranya berlaku keilatan seperti saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI