fbpx

Mainoo dapat kepercayaan Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAINOO mempunyai keupayaan untuk menangani tekanan besar meskipun masih mentah di peringkat antarabangsa. - AFP

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate kagum dengan kebolehan bintang muda Manchester United, Kobbie Mainoo menangani tekanan yang besar dalam musim pertamanya di Old Trafford ketika ini.

Kecemerlangan ditunjukkan pemain tengah berusia 19 tahun itu menyaksikan dia antara muka baharu tersenarai dalam skuad The Three Lions menghadapi Kejohanan Euro 2024 di Jerman bermula 14 Jun ini.

Mainoo bukan sahaja cemerlang dalam debut profesional musim ini, malah turut meledak gol kemenangan United menewaskan seteru setempat, Manchester City 2-1 pada aksi final Piala FA baru-baru ini.

Bagaimanapun, Southgate, 53, tidak bimbang dengan segala perhatian yang diberikan oleh pihak media dan para penyokong terhadap Mainoo meskipun masih ‘menta’ pengalaman di peringkat antarabangsa.

“Perkara paling mengejutkan saya adalah bagaimana seorang pemain muda sepertinya menangani tekanan besar. Anda sendiri boleh melihat keupayaan teknikalnya, tetapi sebenarnya ia lebih kepada sikap dan kematangan seseorang pemain.

“Anda akan sentiasa menjadi perhatian apabila bermain dengan kelab seperti Manchester United. Dia telah membuktikannya ketika bersama kami pada Mac lalu.

“Sebab itu saya tidak pernah takut untuk menyenaraikan pemain muda. Umur bukan satu isu jika dia seorang pemain yang bagus dan anda sendiri lihat dia tamatkan musim ini dengan gol dan trofi,” katanya.

Mainoo kini berharap dapat membuat penampilan ketiga di pentas antarabangsa jika diturunkan England dalam aksi persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina di St. James Park pada Selasa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI