fbpx

[VIDEO] 2,000 penduduk Hulu Kemaman terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk yang terjejas banjir dipindahkan dengan sebuah traktor di Kampung Padang Kubu, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Lebih 2,000 penduduk di beberapa kampung di sekitar Air Putih, Hulu Kemaman dekat sini terputus hubungan selepas beberapa jalan yang dinaiki air banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, antara kampung terlibat ialah Kampung Batu 16, Kampung Seberang Tayor, Kampung Tebak dan Kampung Paya Mempuyu dekat sini.

“Laluan masuk ke beberapa kampung tersebut mula ditenggelami air sejak awal pagi ini berikutan limpahan Sungai Tebak dan Sungai Air Putih.

“Beberapa jalan juga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan ringan dan kita harap penduduk bersiap sedia untuk berpindah berikutan hujan masih turun berterusan sejak pagi kelmarin,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, penduduk di kawasan Air Putih perlu melalui Jalan Mak Lagam, Cheneh atau Jalan Seri Bandi-Ibok sebagai alternatif untuk ke bandar Chukai di sini.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Azri Ismail, 26, dari Kampung Dadong dekat sini pula berkata, dia terpaksa melalui laluan Jalan Mak Lagam sejauh 50 kilometer untuk ke tempat kerja di pusat bandar Chukai.

“Laluan biasa hanya 25 kilometer, Jalan Mak Lagam ini bukan sahaja dua kali ganda jauhnya, malah berbukit serta berselekoh tapi saya tiada pilihan lain untuk ke tempat kerja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI