fbpx

Lelaki maut kereta dipandu kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Batu 8 Lekir, Sitiawan awal pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

LUMUT – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Teluk Intan – Lumut, berhampiran Dewan Orang Ramai Batu 8 Lekir, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata lelaki berusia 25 tahun itu maut di lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.14 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung tiba di lokasi 12 minit kemudian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati terdapat seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Bezza dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

Jelasnya, mangsa didapati telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI