fbpx

KKM bentang isu ‘Parallel Pathway Rabu ini – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PETALING JAYA – Kertas cadangan berkaitan Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ akan dibentangkan kepada Kabinet oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Rabu ini.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, taklimat awal telah diberikan kepada Kabinet hari ini ekoran Dzulkefly masih berada di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 di Geneva.

Menurutnya, terdapat dua isu pokok yang timbul buat masa ini berkaitan dengan kemelut `Parallel Pathway’ bidang pembedahan kardiotorasik.

“Pertama, isu pengiktirafan latihan kepakaran ‘Parallel Pathway’ yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kedua isu pendaftaran pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran ‘Parallel Pathway’ dalam Daftar Pakar (National Specialist Register – NSR) di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Isu kedua-dua ini telah dibawa dalam mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada April lalu bagi mencari penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, isu pengiktirafan pelajar kardiotorasik dan tuduhan membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera adalah dua isu yang berbeza.

Katanya, terdapat kumpulan yang cuba mengambil kesempatan sehingga menuduh UiTM bersikap ‘apartheid’ sedangkan isu utama adalah tiada pengesahan dan pengiktirafan daripada MMC kepada kumpulan pelajar ini.

“Selain daripada UiTM yang sedang menjalankan Program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik), universiti lain termasuk Universiti Malaya (UM) sedang dalam proses mendapatkan Perakuan Akreditasi untuk kursus ini sebelum ditawarkan dalam masa terdekat.

“Dengan usaha dan komitmen yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Madani ini, adalah diharapkan natijah penyelesaian menyeluruh akan terhasil demi kepentingan negara dan rakyat,”ujarnya.

Sebelum ini, UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program `parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Bagaimanapun cadangan itu menerima kritikan pelbagai pihak kerana menegaskan universiti itu hanya untuk bumiputera seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI