fbpx

Tiga kereta dihempap pokok tumbang di Bukit Sentosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok yang menghempap tiga buah kereta di Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Sebanyak tiga buah kereta yang diletakkan di parkir Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa, di sini remuk dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.59 petang tadi.

Jelasnya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat beserta dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi yang terletak lapan kilometer (km) dari BBP Bukit Sentosa, sebatang pokok didapati tumbang dan menghempap kereta tiga buah kereta jenis Proton Wira dan dua buah Perodua Myvi.

“Kesemua kenderaan terbabit diletakkan di kawasan parkir apartmen. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dilakukan oleh pihak bomba.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan hampir seluruh negara sehingga pukul 6 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI