fbpx

Pan-gon harap ‘magis’ tempat lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara akan menghadapi dua aksi penting menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada 6 serta 11 Jun ini. - FARIZ RUSADIO

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengharapkan tuah memihak mereka dalam usaha melakar keputusan positif menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun ini.

Rekod Harimau Malaya di tempat lawan tidak begitu positif sejak dikendalikan Pan-gon apabila hanya mampu merekodkan tiga kemenangan dalam 13 perlawanan sejak 2022.

Keputusan positif dilakar Harimau Malaya di luar gelanggang keramat Bukit Jalil adalah ketika menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Nasional Singapura pada 23 Mac 2022.

Kemenangan seterusnya sewaktu membenam Myanmar 1-0 di Stadium Thuwunna pada aksi Piala AFF 2022 selain menewaskan Taiwan 1-0 di tempat lawan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, November lepas.

Menurut Pan-gon, aksi bertemu Kyrgyzstan di tempat lawan dijangka sukar kerana prestasi negara Asia Barat itu cukup konsisten sejak beberapa perlawanan lepas.

“Semua tahu ranking Kyrgyzstan di No. 100 dan mereka adalah pasukan kedua terkuat di Asia Tengah selepas Uzbekistan di kedudukan pertama.

“Kita sedar mereka pasukan yang kuat dan kita bertuah dapat mencatat kemenangan (di Bukit Jalil)… kita ketinggalan tiga gol dan akhirnya pemain bangkit memenanginya 4-3.

“Itu menunjukkan semangat juang tinggi pemain yang berjuang hingga tiupan wisel terakhir. Namun, ini adalah perlawanan yang berbeza dan kita perlu hormat pasukan lawan selain sedar rekod (Harimau Malaya) di tempat lawan juga tidak begitu positif.

“Apa yang pasti, kita tetap mengharapkan elemen kejutan dan keajaiban mampu tercipta lagi bagi membanggakan penyokong negara,” katanya.

Skuad negara berdepan misi wajib menang sekiranya berhasrat untuk menghidupkan peluang muncul dua negara terbaik dalam saingan kelayakan Kumpulan D nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI