DALLAS, TEXAS – Tindakan seorang penumpang yang tidur di dalam ruang simpanan bagasi di kabin pesawat mengundang perhatian pengguna media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman tersebut, penumpang pesawat Southwest Airlines yang tidak didedahkan namanya itu dilihat menggunakan ruangan itu sebagai tempat tidurnya.
Dia melakukan perbuatan itu secara santai tanpa menghiraukan penumpang lain dan kabin kru yang bertugas.
Ruang simpanan bagasi biasanya digunakan untuk meletakkan beg atau bagasi kecil yang beratnya tidak melebihi 7 kilogram.
Rakaman itu menjadi tular di platform TikTok dan meraih sebanyak 5.1 juta tontonan.
Rata-rata netizen terhibur dengan aksi pelik itu.
“’Bagaimana dia boleh sampai kat sana? Orang tersebut kelihatan sangat santai,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI