RANTAU PANJANG – Hujan lebat sejak semalam menyebabkan air Sungai Golok mulai melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan rendah di sini.
Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Tersang, Lanchang dan beberapa lagi kawasan sekitar berhampiran kawasan itu.
Menurut laman web infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.25 meter pukul 10 pagi tadi.
Paras normal sungai berkenaan ialah 5 meter.
Difahamkan, peningkatan air Sungai Golok kali ini naik dengan begitu cepat susulan hujan turun dengan lebat sejak kelmarin.
Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Rantau Panjang dibuka setakat ini. – K! ONLINE.