fbpx

Belia diseru libatkan diri dalam koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan ketika merasmikan Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) di Hotel Everly, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyeru lebih ramai belia di negara ini untuk melibatkan diri dalam gerakan koperasi susulan sektor itu menawarkan potensi besar bagi golongan terbabit.

Timbalan Menteri Kuskop, Datuk R. Ramanan berkata, buat masa ini, penyertaan belia dalam gerakan koperasi masih lagi rendah dan belum mencapai tahap dikehendaki.

“Penglibatan belia dalam koperasi masih kurang bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

“Namun, dengan adanya universiti (Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia), kita percaya ia merupakan peluang baik untuk orang muda belajar dan menimba ilmu mengenai koperasi,” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Koperasi Antarabangsa (ICC 2024) di sini hari ini.

Bertemakan ‘Membentuk Potensi pertumbuhan Koperasi dalam Era Teknologi Disruptif untuk Pembangunan Mampan Inklusif’, persidangan itu mengumpulkan hampir 200 peserta dan pembentang antarabangsa antaranya dari Korea, Thailand, Filipina, Australia, Brunei, Indonesia, India dan Jepun.

Pada masa sama, Ramanan turut menekankan mengenai pentingnya peranan koperasi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI