fbpx

SPRM tidak terima laporan ubah status tanah rizab Melayu di negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (tiga dari kiri) pada Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan ITBM sempena PBAKL 2024 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima laporan dari negeri-negeri lain berkaitan isu pengubahan status tanah rizab Melayu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes berkaitan isu tanah rizab Melayu yang dilaporkan di Perak ketika ini merupakan kes terpencil berlaku di negeri tersebut.

“Belum terima maklumat. Kami senang saja, jika ada laporan atau maklumat berhubung penyelewengan hal berkaitan secara jenayah menukar status tanah rizab Melayu kepada pegangan bebas, ini merupakan jenayah.

“Justeru, sudah tentu kita akan jalankan siasatan,” katanya kepada media pada Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM
dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL2024) di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM menahan reman seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.

Sumber dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia sekitar 40-an telah ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perak.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah membayar wang rasuah kepada seorang penjawat awam yang bekerja di pejabat tanah di sebuah negeri di utara tanah air.

Sumber dilaporkan berkata, wang tersebut bertujuan mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu yang berkeluasan kira-kira 650 hektar menyebabkan tanah rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat dan individu bukan Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI