fbpx

Boko Haram bebaskan 344 murid sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK mengadakan protes semalam untuk mendesak pihak berkuasa menyelamatkan ratusan murid sekolah yang diculik di negeri Katsina, barat laut Nigeria. - AFP

KANKARA, Nigeria – Kira-kira 344 murid lelaki yang diculik di barat laut Nigeria pada minggu lalu sudah dibebaskan, kata seorang pegawai tempatan di negeri Katsina semalam.

“Kami ada 344 pelajar, mereka kini berada di Zamfara untuk menjalani pemeriksaan (kesihatan). Syukur mereka telah dibebaskan,” kata penasihat kanan gabenor, Ibrahim Katsina.

Terdahulu, seorang penasihat Presiden Nigeria memberitahu bahawa murid-murid sekolah tersebut dibebaskan tetapi masih tidak jelas bilangan sebenar mereka berikutan kekeliruan bilangan pelajar yang telah diculik.

Dua pegawai masing-masing berkata, bilangan pelajar sekolah yang diculik adalah 320 dan 333 tetapi penduduk bandar Kankara dalam negeri Katsina memberitahu bahawa jumlah mereka lebih 500 orang.

“Tiada siapa tahu jumlah sebenar mangsa,” kata sumber keselamatan kepada agensi berita AFP sambil menambah, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam sebuah hutan susulan rundingan antara kumpulan penculik Boko Haram dan kerajaan Nigeria.

Setakat kelmarin, semua kanak-kanak itu berada di bandar Tsafe dalam negeri Zamfara dan di bandar Yankara, negeri Katsina.

“Bilangan kanak-kanak yang dibebaskan hanya akan diketahui selepas pengiraan dilakukan apabila mereka tiba di ibu negeri Katsina, Katsina. Sebarang angka yang diberikan sebelum itu adalah anggaran sahaja,” tambah sumber sama.

Pihak berkuasa pada awalnya menyalahkan kumpulan penjahat berhubung penculikan itu tetapi kemudian militan Boko Haram mengaku bertanggungjawab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI