fbpx

PGA rampas 2,465 paket minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kotak minyak masak yang cuba seludup ke negara jiran yang dirampas PGA di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang malam tadi.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 2,465 paket minyak masak bersubsidi ke negara jiran bernilai lebih RM6,000 di pangkalan haram Jitong dekat Jeram Perdah di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan pukul 10.21 malam itu, pihaknya turut merampas sebuah van jenis Toyota Hiace yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan berkenaan.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan di pangkalan haram Jitong, anggota PGA telah ternampak dua lelaki sedang memunggah kotak-kotak daripada sebuah van dalam keadaan yang mencurigakan.

“Apabila anggota PGA menghampiri lokasi itu, kedua-dua lelaki terus bertindak melarikan diri dengan menaiki perahu menuju ke negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan terhadap van tersebut telah membawa kepada penemuan 145 kotak minyak paket,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azhari, siasatan awal mendapati, minyak masak itu dijual di pasaran negara jiran selain untuk mengelakkan cukai.

Katanya, kesemua barang kes yang bernilai RM26,162.50 termasuk sebuah van di bawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI