PETALING JAYA – Kerajaan disaran menyegerakan cadangan mewajibkan pendidikan sehingga peringkat menengah membabitkan tempoh 11 tahun persekolahan bagi memastikan setiap pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, setakat ini tiada undang-undang menghalang mereka yang berusia 17 tahun untuk tidak menduduki SPM dan akta sedia ada hanya mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun. “Tiada undang-undang menghalang mereka yang berusia 17 tahun untuk tidak bersekolah mahupun menduduki SPM,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya