KETIKA isu perceraian pelakon Ria Ricis dan Teuku Ryan masih menjadi bualan, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu nyata tidak hilang fokus.
Selain memberikan sepenuh tumpuan terhadap anak perempuannya yang mempunyai masalah pertuturan, Ria dapat merealisasikan impian menubuhkan sebuah tadika.
Sekolah dinamakan Maha Anak Usia Dini Islamic School yang menjadikan bahasa Indonesia, Arab dan Inggeris sebagai teras adalah cita-citanya sejak dulu.
Berlokasi di Bintaro, Tangerang Selatan, tadika itu didirikan bersama kakaknya, Oki Setiana Dewi.
Tidak melihat kegagalan perkahwinan sebagai satu kekangan, Ria menyifatkan sekolah tersebut sebagai permulaan kepada perjalanan kehidupan baharunya.
Terdahulu perkahwinan yang dibina pada November 2021 dengan Teuku Ryan yang juga pempengaruh media hanya mampu bertahan sehingga 3 Mei lalu apabila mereka akhirnya memilih untuk bercerai.
Kemelut rumah tangga pasangan terbabit menjadi topik hangat berikutan pertelagahan secara terbuka dalam laman sosial.