fbpx

Negeri Sembilan, Terengganu johan tilawah al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengurniakan hadiah kepada johan qari MTHQK 2024.

KUANTAN – Qari dari Negeri Sembilan, Mohammad Husaini Mahmur dan qariah Nor Hidayah Abd. Rahman dari Terengganu yang juga merupakan johan menunggu dinobatkan sebagai johan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi.

Manakala naib johan pula disandang qari dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab. Halim manakala qariah disandang Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan.

Tempat ketiga pula disandang Mohamad Syaheed Sabri dari Pahang serta qariah Nor Jannah Ab. Rahman dari Terengganu.

Bagi kategori hafazan tahap satu hingga 30 juzuk beserta tafsir, juara bagi hafiz disandang Muhammad Rifae’i Mat Zuki dari Kedah manakala hafizah pula disandang Putri Aminah Mohd Hanif dari Kelantan.

Bagi kategori hafazan tahap 1 hingga 20 juzuk pula, juara bagi hafiz dimenangi Muhammad Asyraf Amir dari Johor sementara hafizah pula dimenangi Fatihatul Badriyah Mohd Abd. Latif dari Selangor.

Bagi kategori hafazan tahap satu hingga 10 juzuk beserta taranum bahagian hafiz, Abdullah Afif Mohd Ariffin dari Melaka diumumkan sebagai pemenang manakala bagi hafizah dimenangi oleh Aisyah Nabihah dari Negeri Sembilan.

Keputusan disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff yang juga Pengerusi Jemaah Hakim menobatkan Negeri Sembilan sebagai johon keseluruhan MTHQK tahun ini.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyempurnakan Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah kepada semua pemenang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI