fbpx

Indonesia potensi pasaran untuk IHH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prem Kumar (tengah) selepas AGM syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – IHH Healthcare Berhad (IHH) melihat Indonesia kekal sebagai pasaran menarik untuk rancangan pengembangannya mengambil kira perubahan peraturan dan liberalisasi dari segi pengambilan doktor di negara itu yang dianggap baik untuk industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr. Prem Kumar Nair berkata, antara faktor yang menghalang syarikat penjagaan kesihatan asing untuk berkembang ke Indonesia adalah dari segi ketersediaan doktor

“Di bawah pentadbiran dan Menteri Kesihatan yang baharu, Indonesia dilihat melakukan liberalisasi dari segi pengambilan doktor dengan membuka pendaftaran perubatan untuk doktor asing.

“Ini menarik kehadiran doktor bukan hanya dari negara luar seperti Australia, malah doktor dari Indonesia sendiri yang mendapat latihan di luar negara.

“Bagi saya ia satu perkembangan positif, namun kita perlu melihat bagaimana ini dapat diterjemahkan kepada sektor penjagaan kesihatan swasta di sana,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 IHH di sini.

Syarikat tempatan, KPJ Healthcare Berhad sebelum ini keluar sepenuhnya dari pasaran Indonesia setelah menjual Rumah Sakit Medika BSD dengan memetik peraturan yang dikenakan kepada pengendali asing sebagai salah satu faktor.

Prem sebelum ini membe­ritahu, IHH sedang mengintai untuk memasuki pasaran Indonesia dan Vietnam disebabkan ramai daripada pelanggan hospitalnya di negara ini dan Singapura hadir daripada dua pasaran berkenaan.

IHH merancang untuk menambah 4,000 katil baharu merentasi pasaran utamanya dalam tempoh lima tahun termasuk menerusi penggabu­ngan dan pengambilalihan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI