fbpx

6 tahun bercinta, teman wanitaku rupanya pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teman wanita mencuri pelbagai jenis barangan kemas milik Anupong yang bernilai lebih 2 juta baht. - Kom Chad Luek

BANGKOK – Seorang lelaki di Bangkok kecewa apabila mendapat tahu bahawa teman wanita yang dia cintai selama enam tahun sebenarnya pencuri yang melarikan pelbagai barangan kemas miliknya bernilai lebih 2 juta baht (RM256,841).

Laman berita Thaiger melaporkan, Anupong, 33, membuat laporan polis selepas mengesyaki perbuatan teman wanitanya.

Sikap sebenar wanita itu dihidu selepas Anupong mahu menggadaikan beberapa barangan kemas miliknya disebabkan masalah kewangan.

Dia terkejut apabila diberitahu oleh peniaga kedai pajak gadai bahawa semua barangan kemas miliknya adalah palsu.

Meskipun mula berasa curiga, Anupong masih berfikiran positif selepas melihatkan sikap rajin kekasihnya selain wanita itu turut disukai oleh ahli keluarganya.

Namun, rasa curiga semakin kuat apabila Anupong pergi ke sebuah kedai emas yang menyimpan jongkong emas miliknya.

Dia terkejut apabila diberitahu bahawa teman wanitanya menggunakan kad pengenalan serta dokumen-dokumen peribadinya untuk menjual semua jongkong emas tersebut pada 25 Mei lalu.

Lelaki itu kemudian memeriksa telefon bimbit teman wanitanya sebelum menemui bukti belian barangan kemas palsu dari kedai online.

Dia melaporkan perkara itu kepada polis sebelum teman wanitanya ditahan dan disoal siasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI