fbpx

Foto dipadam muncul lepas naik taraf perisian iOS 17.5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baru-baru ini pengguna Apple dilaporkan berasa hairan apabila gambar yang telah dipadam muncul semula setelah mereka menaik taraf perisian kepada iOS 17.5.

BEBERAPA hari lalu, pengguna iPhone membangkitkan aduan mengenai foto yang dipadam muncul semula pada peranti walaupun telah dipadamkan beberapa tahun lalu.

Hal ini dikatakan berlaku selepas pengguna peranti jenama itu menaik taraf perisian kepada iOS 17.5.

Berikutan itu, Apple dalam satu kenyataan tampil memberi penjelasan bahawa perkara itu berlaku disebabkan oleh masalah pangkalan data dan bukan disebabkan oleh peranti.

“Majoriti pengguna bertanya soalan yang sama. Bagaimanakah tarikh imej pada 2010 muncul semula walaupun pengguna tidak menggunakan peranti sama pada masa itu?

“Masalahnya ialah kemasukan pangkalan data rosak yang wujud pada sistem fail peranti itu sendiri dan bukan masalah daripada storan awan, iCloud,” katanya.

Jelasnya, perkara itu juga boleh terjadi kerana foto yang tidak dipadamkan sepenuhnya daripada peranti tidak diselarikan dengan foto di iCloud.

Apple menyatakan, fail tersebut hanya pada peranti itu sendiri dan ia mungkin muncul semula apabila pengguna memindahkan foto dari peranti lama ke baharu atau mengembalikan gambar dari storan sandaran (back-up) iCloud tetapi tidak menggunakan Foto iCloud.

“Selepas masalah itu dialami oleh beberapa pengguna, pihak kami memutuskan untuk menarik semula iOS 17.5.1 dan membuat kemas kini semula untuk semua orang.

Langkah ini telah diambil untuk membetulkan pepijat ini.

“Pada masa ini, jika mana-mana pengguna cuba memuat turun kemas kini, ia menunjukkan maklum balas, tidak dapat memuat turun,” ujarnya.

Katanya lagi, kemas kini tersebut menyediakan pembetulan pepijat yang penting dalam menangani isu jarang berlaku di mana foto yang mengalami kerosakan pangkalan data boleh muncul semula dalam simpanan walaupun telah dipadamkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI