fbpx

10 kelab buru khidmat De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya di City biarpun banyak kelab terutama dari Arab Saudi sedang memantau perkembangannya. - AFP

LONDON – Ejen bintang Manchester City, Kevin De Bruyne telah mengadakan pertemuan dengan 10 kelab dari Arab Saudi bagi melihat potensi perpindahan pemain itu menjelang jendela perpindahan musim panas kali ini.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu sebelum ini dikatakan tidak berminat untuk berpindah ke Liga Arab Saudi, namun Al Hilal telah lama menjadikan pemain Belgium tersebut sebagai sasaran dan sedang berusaha untuk menarik perhatiannya.

Agensi pengurusan pemain, Roc Nation Sports, telah mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan juara Al Hilal, Al-Nassr, dan Al-Ittihad, serta beberapa kelab lain dalam lawatan perniagaan selama tiga hari baru-baru ini.

Sementara itu, laporan menjangkakan De Bruyne akan melanjutkan tempohnya dengan Manchester City sebelum meneruskan perpindahan ke destinasi pilihan utamanya iaitu Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat.

Sebelum ini, San Diego FC juga telah mengadakan perbincangan awal secara peribadi dengan wakil pemain yang telah memenangi enam kali Liga Perdana Inggeris itu, namun De Bruyne belum memutuskan mengenai masa depan kerjayanya di Etihad.

Pengurus City, Pep Guardiola, menjelaskan bahawa keputusan perpindahan adalah di tangan De Bruyne dan terpulang kepada pemain itu untuk membuat pilihan terbaik untuk masa depan kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI