fbpx

Presiden Peru didakwa terlibat skandal ‘Rolexgate’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOLUARTE menunjukkan jam tangan dipakainya semasa sidang akbar di Lima pada 5 April lalu. – AFP 

LIMA – Peguam Negara Peru, Juan Carlos Villena semalam menuduh Presiden Dina Boluarte menerima rasuah dalam bentuk jam Rolex.

Beliau berkata, Boluarte menerima jam tangan mewah itu daripada seorang gabenor dan hadiah itu setara dengan rasuah.

“Villena membentangkan aduan berlandaskan perlembagaan terhadap Dina Boluarte sebagai suspek kes rasuah pasif,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan di laman X.

Skandal itu tercetus Mac lalu dengan penemuan sejumlah jam Rolex dan barang kemas yang tidak diisytiharkan berada dalam pemilikan Presiden berkenaan.

Boluarte memberitahu pendakwa raya pada bulan lalu bahawa jam-jam Rolex itu dipinjamkan oleh seorang rakannya iaitu gabenor wilayah Ayacucho, Wilfredo Oscorima. 

Presiden Peru itu disiasat  kerana disyaki terbabit dalam ‘rasuah pasif’ kerana menerima manfaat tidak wajar daripada pegawai awam (Oscorima).

Dakwaan peguam negara yang dibentangkan kepada Kongres itu bukan pertuduhan  rasmi kerana Presiden Peru menikmati kekebalan ketika masih berkuasa.

Mengulas dakwaan tersebut, Perdana Menteri Gustavo Adrianzen menyifatkannya sebagai ‘penganiayaan’ terhadap Boluarte.

Bagaimanapun, terpulang kepada mahkamah sama ada mahu mendakwa Boluarte selepas penggal pemerintahannya tamat pada Julai 2026. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI