fbpx

Keselamatan perlindungan tidak tertakluk pada persekitaran kondusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Dahlan (dua kanan) beramah mesra selepas Konvensyen Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2024 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, tanggungjawab keselamatan perlindungan kini tidak hanya tertakluk kepada persekitaran kondusif, aset dan kerahsiaan kerajaan semata-mata.

Mohd. Zuki berkata, ia perlu meliputi aspek keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang merupakan agenda terkini yang diberikan perhatian agar penggunaannya dapat dilaksanakan secara sistematik, holistik dan terancang.

Katanya, pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) menyaksikan perkembangan teknologi digital yang pesat, ia memberi isyarat kepada jentera perkhidmatan awam untuk mengubah cara kerja berteraskan kepada transformasi dan inovasi digital.

“Hakikatnya, perkembangan teknologi ini turut memberikan kesan langsung kepada landskap keselamatan yang menjadi semakin kompleks serta meningkatkan potensi risiko.

“Pengenalan dan adaptasi terhadap teknologi baharu yang menyokong operasi serta fungsi organisasi seperti Internet kebendaan (IOT), kecerdasan buatan (AI), data raya, Bring Your Own Devices (BYOD) dan pengkomputeran.

“Ia dilihat berupaya mendatangkan ancaman baharu yang perlu ditangani secara berkesan seperti mana ancaman tradisional terdahulu,” katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan 2024 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau memberitahu, cabaran baharu tersebut turut menuntut kerajaan untuk segera memperkasakan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan bagi penjawat awam bagi memastikan kemajuan teknologi dapat diadaptasi dengan selamat dan menyumbang kepada pengukuhan keselamatan.

“Justeru, bertepatan dengan peranan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) sebagai agensi peneraju keselamatan perlindungan negara, penganjuran konvensyen yang berobjektifkan pemerkasaan kapasiti dan keupayaan agensi kerajaan dilihat selari dengan hasrat kerajaan dalam mendukung aspek keselamatan perlindungan dalam era digital,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI