fbpx

KPKT sedia bantu PBT kurang bajet selenggara pokok tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming pada sidang akhbar selepas Majlis Aspresiasi Kecermalangan Tahun 2023 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk menolong pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam isu penyelenggaraan pokok berusia tua.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah tersebut walau bagaimanapun hanya meliputi PBT yang amat kekurangan peruntukan terutamanya bertaraf majlis daerah di luar bandar.

“KPKT akan mencari jalan sama ada menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) atau Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk bantu PBT berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPKT 2023 melibatkan 403 orang penerima di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI