fbpx

Pejabat tanah perlu perketat prosedur pindah milik tanah – JSJK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pihak Pejabat Tanah agar memperketat prosedur susulan peningkatan kes penipuan pindah milik tanah di negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 489 kes penipuan tanah dengan nilai kerugian mencecah hampir RM300 juta bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Katanya, dari 1 Januari hingga 19 Mei ini, pihaknya mencatat rekod sebanyak 74 kes membabitkan kerugian RM60.6 juta.

“Kes terbaharu yang disiasat, membabitkan kes penipuan pindah milik tiga lot tanah di Gombak, Selangor yang dilaporkan pada 22 Mei lalu.

“Pengadu merupakan seorang ahli perniagaan, 69, memaklumkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selangor untuk membuat carian berkenaan tanah milik ahli keluarganya yang meninggal dunia pada 1997.

“Hasil semakan, pengadu mendapati tiga lot tanah berkenaan dipindah milik kepada seorang individu tidak dikenali sejak Ogos 2004,” katanya.

Selain itu, pengadu juga diberikan dokumen perintah mahkamah bagi tujuan pindah milik tanah, namun setelah semakan dibuat dengan pihak mahkamah, didapati ia palsu.

“Semakan nombor kad pengenalan pemilik baharu tanah juga tidak wujud. Kerugian yang dialami masih dalam taksiran dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Susulan fenomena sedemikian, Ramli memaklumkan kekurangan ilmu pengetahuan dalam kalangan pembeli, antara kelemahan yang mengakibatkan berlakunya kes penipuan tanah.

Justeru, Ramli menyarankan agar proses pindah milik tanah diperketatkan dengan meletakkan tanggungjawab kepada Pejabat Tanah untuk mengesahkan ketulenan sesuatu dokumen yang dikemukakan kepada mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI