fbpx

Isu perkauman, agama runtuhkan sendi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga kanan) menyampaikan Anugerah Hawana 2024 kepada wartawan veteran, James Alexander Ritchie (kiri) pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching, hari ini.

KUCHING – Kerajaan teguh menentang keras sentimen perkauman dan fanatik agama yang mempergunakan kebebasan media, bagi menyelamatkan perpaduan dan keharmonian negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, meskipun menjunjung prinsip kebebasan media namun ruang itu perlu ada batasan daripada digunakan untuk memecahbelahkan dan menanam bibit permusuhan antara kaum dan agama yang akan meruntuhkan sendi negara.

“Jika anda membenarkan perkauman berkembang dan ketaksuban pegangan agama menjadi bebas di negara ini, maka akan berlaku perbalahan kaum dan ketidakharmonian agama.

“Pada saya untuk menyelamatkan negara ini, melindungi hak majoriti dan hak minoriti adalah penting daripada mendapat pengiktirafan antarabangsa yang tinggi,” katanya berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini, hari ini.

Justeru, beliau menyokong pandangan Abang Johari untuk kod etika media diwujudkan, dengan menyifatkan ia tepat dan amat diperlukan kerana kod itu tidak akan mengiktiraf sama ada seseorang itu adalah pihak berkuasa atau hartawan untuk mengawal kebebasan media.

Anwar berkata semua pihak bebas menggunakan platform media untuk menjelaskan sesuatu tetapi tidak untuk mencetuskan kebencian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI