fbpx

JPJ keluar sembilan saman, operasi khas institut memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPJ Negeri Sembilan memeriksa kenderaan institut memandu dalam operasi khas institut memandu di sekitar Seremban dan Port Dickson bermula 14 Disember lalu dan berakhir semalam.

SEREMBAN – Sebanyak sembilan notis saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam operasi khas institut memandu (OKIM) di daerah ini dan Port Dickson bermula 14 Disember lalu sehingga semalam.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah pemegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) iaitu pengajar meninggalkan calon tanpa pengawasan, gagal menyimpan rekod belajar memandu (SM4) serta tidak menyelenggara kenderaan dengan baik.

“Antara kenderaan yang diperiksa dalam operasi ini adalah 66 buah motokar, 32 buah motosikal dan dua buah lori. Jumlah kenderaan yang diambil tindakan adalah sebanyak tujuh buah dan sembilan notis saman dikeluarkan.

“Penguatkuasaan ini dilaksanakan di tujuh buah institut latihan memandu di daerah Seremban dan Port Dickson,” kata JPJ Negeri Sembilan menerusi akaun Facebook mereka hari ini.

Tambahnya, sebanyak 17 anggota Unit Operasi JPJ Seremban terlibat dalam operasi berkenaan.

“Tujuan operasi ini dilakukan adalah untuk memastikan semua institut latihan memandu sentiasa mematuhi aspek pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan serta aspek teknikal kenderaan ujian agar sentiasa dalam keadaan baik.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan pengajar dan pengusaha institut memandu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam peruntukan undang-undang,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI