fbpx

Toyota GR Yaris kini di Malaysia dengan harga RM299,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ravindran (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama (dua dari kanan) selepas melancarkan dua model baharu Toyota sebentar tadi.

PETALING JAYA – UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) telah melancarkan unit terhad model GR Yaris dengan unit terhad Performance Pack Edition untuk pasaran negara ini.

Menurut Presidennya, Ravindran K, GR Yaris akan memperluaskan lagi rangkaian kenderaan Toyota Gazoo Racing (GR) di Malaysia.

Katanya, tawaran yang diberikan untuk pelanggan mempunyai lebih variasi pilihan untuk memiliki model berprestasi keluaran Toyota.

“ Ia sebuah kereta yang telah menarik banyak perhatian dan pujian diseluruh dunia, menetapkan penanda aras baru bukan sahaja untuk kenderaan dalam segmennya, tetapi juga dengan cara ia dibina.

“Kami sangat teruja dan gembira untuk memperkenalkan GR Yaris di Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran secara langsung di saluran Youtube toyotamy.

Tambahnya, GR Yaris ditawarkan dalam tiga warna istimewa seperti Platinum White Pear, Emotional Red2 dan Precious Black.

“Dengan harga RM299,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans komprehensif) hanya GR Yaris Performance Pack Edition dengan unit terhad akan dijual di Malaysia dan setiap satunya akan didatangkan dengan plat nombor istimewa eksklusif,” tambahnya

GR Yaris menggunakan enjin 1.6 liter turbo dengan transmisi manual enam kelajuan. Kombinasi itu memberikan kuasa maksimum 261PS pada 6,500rpm dan tork maksimum 360Nm pada 3,000 hingga 4,600rpm.

Sementara itu dalam majlis yang sama, UMWT turut melancarkan Toyota VIos dengan varian GR-S yang menggunakan enjin 1.5 liter dan transmisi automatik 10 kelajuan pada harga RM97, 500.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI