fbpx

Perebutan gelaran juara sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI percaya persaingan merebut gelaran juara dunia musim ini lebih terbuka dan mencabar ekoran kemalangan yang menimpa Marquez. – AFP

JEREZ – Ketiadaan juara dunia MotoGP enam kali, Marc ­Marquez menjelang saingan ­perlumbaan Grand Prix (GP) Andalusia pada hujung minggu ini bakal menyaksikan perebutan gelaran dunia mungkin berubah.

Pelumba Repsol Honda tersebut difahamkan telah menjalani pembedahan patah lengan kanan akibat terjatuh ketika ­beraksi di GP Sepanyol pada Ahad lalu sekali gus tidak dapat turun ­beraksi di Jerez nanti.

Bukan itu sahaja, pelumba Sepanyol itu turut dikatakan akan terlepas sekurang-kurang­nya dua perlumbaan dan memerlukan tempoh yang panjang untuk pulih sepenuhnya.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valetino Rossi yang ­gagal menamatkan saingan di Jerez akibat mengalami ­kerosakan jentera turut ­mengakui saingan pasti mencabar.

“Ketika ini Marquez me­ngalami kecederaan dan saya doakan yang terbaiknya ­untuknya. Perebutan gelaran juara musim ini pasti menjadi cabaran besar buatnya kerana beraksi dalam keadaan yang tidak sempurna.

“Kita tidak tahu bila dia ­(Marquez) akan kembali ­dan sukar untuk diramalkan. Buat ma­sa ini Fabio Quartararo (Petro­nas SRT), Maverick Vinales (Yamaha) dan Andrea Dovizioso (Ducati) juga mempunyai peluang besar untuk bersaing merebut gelar­an tersebut.

“Bagi saya sudah pasti kami akan berusaha sebaik yang mungkin untuk terus mengutip mata,” katanya.
Quartararo mendahului carta kedudukan pelumba dengan 25 mata, manakala Vinales yang menamatkan saingan di tempat kedua mengutip 20 mata diikuti Dovizioso 16 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI