fbpx

Suri rumah harap belas ihsan keluarga, jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norrisham menunjukkan gambar suaminya, Mohd. Azmi yang terlantar di Wad HSNZ ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Seorang suri rumah berdepan dugaan berat apabila suaminya yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima meninggal dunia baru-baru ini.

Norrisham Samsuddin, 46, berkata, dia bagaikan ‘tempang’ apabila perlu menyara dua anak berusia 10 dan 16 tahun yang masih bersekolah.

Wanita itu berkata, arwah suaminya, Mohd. Azmi disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada 3 Mac lalu. Pada mulanya, lelaki itu mahu mendapatkan rawatan gout sebelum disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

“Bagai hendak luruh jantung bila doktor beritahu bengkak pada tangannya itu berpunca daripada kegagalan buah pinggang yang sudah mencapai tahap lima. Pada mulanya suami dirujuk ke Hospital Setiu, namun kesihatannya merosot.

“Arwah suami bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 22 Mei lalu,” katanya.

Norrisham berkata, sebelum ini, suaminya menyara mereka sekeluarga dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di daerah ini.

Norrisham yang turut menghidap penyakit darah tinggi memberitahu, mereka sekeluarga kini mengharapkan belas ihsan keluarga dan jiran untuk membantu demi kelangsungan hidup.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150041000176147 atau menghubungi Norrisham di talian 014 -327 8719.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI