fbpx

[VIDEO] Keputusan SPM tidak capai ‘target’, ibu hadiahkan pelukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balqis menerima pelukan ibunya selepas menyemak keputusan SPM hari ini.

PETALING JAYA – “Tak capai ‘target’ (sasaran), tapi ibu sangat bangga dengan keputusan saya. Kecewa sikit, tapi masih bersyukur.”

Demikian perkongsian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 selepas menerima keputusan peperiksaan itu hari ini.

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dikongsikan di TikTok, gadis dikenali sebagai Balqis dilihat menyemak keputusan SPM 2023 bersama ibunya.

Remaja itu bagaimanapun kelihatan sedih, manakala ibunya yang berada di belakang memujuk dan memeluk erat sambil memberikan kata-kata perangsang.

Di ruangan komen, ramai pengguna TikTok terdiri daripada calon SPM 2023 berkongsi pengalaman termasuk ibu mereka memberikan reaksi sama seperti yang dilakukan ibu Balqis.

“Samalah kita, ibu saya punya reaksi ‘sebiji’ (sama),” kata f4arzzz berserta emoji menangis.

“Sama saya juga. Saya tak berapa puas hati dengan keputusan (SPM), tapi ibu ayah tetap bangga dengan saya,” ujar qyylaaa6.

“Anak saya pun tak ada A, tak apa. Saya tetap bersyukur, insya-Allah rezeki dia orang Allah dah atur,” kata willa.

Selain itu, ramai pengguna TikTok memberikan kata-kata semangat kepada Balqis dan calon SPM lain supaya tidak berputus asa.

“Tak apa yang penting dah buat sebaik mungkin. ‘Target’ seterusnya ialah universiti,” kata haifaridoo. – KOSMO! ONLINE

@tyqis1 tak capai target but ibu still sangat proud with my result, kecewa sikit tapi still bersyukur #batch06 #xybca #spm2023 ♬ 7years x latch – elfixsounds

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI