fbpx

EPL: Southampton kembali ke saingan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHAMPTON berjaya menewaskan Leeds pada aksi playoff sekali gus membolehkan mereka kembali dipromosi ke saingan EPL musim depan. - AFP

LONDON – Southampton kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas menang 1-0 ke atas Leeds United pada aksi final playoff yang berlangsung di Wembley malam kelmarin.

Gol tunggal perlawanan menerusi penyerang, Adam Armstrong memastikan The Saints kembali ke divisyen tertinggi bola sepak England itu selepas tersingkir ke Liga Kejuaraan pada kempen 2022/23.

Jurulatih Southampton, Russell Martin gembira dengan kejayaan mereka menempah slot ke Liga Perdana dan menegaskan, beliau tidak akan mengubah corak permainan pasukan itu musim depan.

“Saya tahu bermain menggunakan taktik penguasaan bola tidak memberi jaminan untuk anda memenangi perlawanan. Bagaimanapun, ia boleh dijadikan sebagai alat untuk kami menunjukkan identiti permainan sendiri.

“Bagi saya, jika kami dapat mencatat kemenangan dengan cara sebegini, ia adalah langkah yang terbaik. Bagi saya, inilah identiti kami dan saya percaya Southampton mampu memberikan saingan,” katanya.

Sebagai rekod, pengendali berusia 38 tahun itu akan merasai pengalaman buat kali pertama beraksi dalam Liga Perdana, sekali gus perlu bersaing dengan pengurus-pengurus berpengalaman dan berkelas dunia.

“Saya rasa sangat beremosi hari ini (kelmarin) kerana semua pihak memberikan sokongan padu kepada kami dalam tempoh 10 bulan lalu. Saya gembira kerana pemain-pemain dapat tunaikan impian kembali ke Liga Perdana,” ujar Martin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI