fbpx

Masuk kelab ‘sejenis’, seksualiti Shah Rukh Khan diragui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

PENDEDAHAN penyanyi, Suchitra Ramadurai mengenai bekas suaminya, Karthik Kumar yang suka berhibur di kelab gay mengejutkan ramai apabila turut mengheret nama Shah Rukh Khan dan pengarah, Karan Johar dalam kes sama.

Akuinya,mereka gemar mengadakan pertemuan di kawasan komuniti penyokong hubungan sejenis, terutama di luar negara.

Antara destinasi kesukaan lelaki terbabit adalah pusat hiburan di London yang disifatkan penyanyi berusia 50 tahun itu gelanggang perjumpaan paling idealis mereka.

“Mereka gemar mengunjungi kawasan gay di London. Mereka menyatu dalam suasana itu dan menikmati malam,” katanya yang mencetuskan keraguan ramai terhadap Shah Rukh Khan.

Selepas video wawancara tersebut tular, Karthik yang juga aktor dan pelawak mengakui sebagai homoseksual malah berbangga dengan seksualitinya.

Begitupun, Raja Bollywood serta rakan baiknya, Karan tidak bersuara selain dilihat enggan melayan dakwaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI